Maxxim

Produk

0

Maxxim

Pada masa kini obesiti dianggap sebagai suatu penyakit dan ia terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi berlebihan. Tabiat mengambil pemakanan yang berlemak tinggi dan kekurangan serat termasuk makanan segera boleh mendatangkan penyakit dan menyebabkan berlakunya pertambahan berat badan.

Obesiti yang melampau boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ di dalam badan dan seterusnya boleh mendatangkan masalah kesihatan yang lebih serius. Masalah obesiti tidak hanya berkisar dari aspek kesihatan tetapi dikaitkan dengan persepsi terhadap kecantikan dan keanggunan.

 

Maxxim dirumus dengan ekstrak herba-herba dan buah-buahan terpilih yang semulajadi dan selamat. White Kidney Beans mampu menormalkan kadar penggunaan kaborhidrat yang ditukarkan kepada gula dari diserap dari usus. Garcinia Cambogia pula amat berkesan menahan kegemukan selepas memiliki berat badan idaman.

Ramuan Hoodia Gordonii dalam Maxxim bertindak sebagai satu program diet untuk membuatkan seseorang itu berasa lebih kenyang dan mampu mengawal selera makan.

Ekstrak teh hijau dapat membantu proses pelangsingan dan menurunkan berat badan. Selain itu, Ekstrak manggis pula berfungsi sebagai agen anti-penuaan yang bertindak menghilangkan kedutan dan rekahan pada kulit disamping menganjalkan struktur kulit.

Ciri-ciri Produk

  • 100% bahan-bahan semulajadi, tiada sebarang pewarna tiruan atau bahan pengawet
  • Formula dibangunkan di New Zealand, prestasi yang tinggi
  • ISO, Pengilangan secara Halal yang khusus, kualiti terjamin

Keberkesanan Produk

  •  Membantu meningkatkan kadar metabolisma dan menggalakkan pembakaran lemak
  • Menghilangkan kembung kegemukan, penggabungan untuk mengekang kenaikan berat badan
  • Mempercepatkan pembuangan kandungan air dalam badan
  • Mencantikkan struktur kulit dan mencegah kejang otot
  • Menguatkan mekanisme badan  serta melambatkan proses penuaan
  • Melancarkan saluran darah dan menguatkan imun sistem

Penggunaan & Dos:

  • Untuk digunakan oleh orang berusia 18 tahun dan ke atas yang mempunyai berat badan berlebihan atau sesiapa yang ingin menurunkan berat badan dengan cara yang selamat.
  • 1 sachet sehari, makan selepas sarapan pagi.
  • Masa terbaik untuk mengambil Maxxim adalah 15 minit selepas sarapan pagi.

Bahan-bahan Semulajadi

Asam Gelugur Cambogia
Biasanya dikenali sebagai asam jawa malabar atau beri bertompok. Ia mengandungi sebatian aktif Hydroxycitric Acid (HCA), dan kajian menunjukkan yang HCA baik dalam mengawal metabolisme, seterusnya dapat membantu menghilangkan berat badan.

Ekstrak Kacang Kidney Putih
Ekstrak Kacang Kidney Putih (phaseolamin) telah dibuktikan secara saintifik mampu bertindak sebagai “penghalang kanji” – yang merupakan penghalang enzim alfa-amilase. Enzim ini diperlukan untuk meleraikan kanji dan karbohidrat dalam penghadaman.

Teh hijau
Teh hijau banyak mengandung catechin, antioksidan yang sangat berguna untuk melawan penyakit. Antioksidan sangat penting untuk meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan dapat membantu mencegah kanser dan penyakit jantung.

Ekstrak Buah Manggis
Ekstrak buah manggis sudah terbukti mengandung zat xanthone yang bemanfaat sekali untuk menghancurkan dan melawan radikal bebas yang masuk ke tubuh kita. Kandungan nutrisi manggis pula dapat memberikan tenaga yang diperlukan oleh tubuh dan memperlambat proses penuaan.

Hoodia Gordonii
Hoodia digunakan secara tradisional oleh orang San di Selatan Afrika sebagai penahan selera dan penghilang dahaga, dan sebagai penyembuh untuk ketakcernaan, kekejangan di bahagian perut, buasir, batuk kering, tekanan darah tinggi dan kencing manis.